Alhamdulillah,
kenyang dah makan tadi, jom baca lagi;
Keadilan
perlaksanaan Hudud bukan hanya kepada penganut Islam saja. Memang, puak-puak mu
ada kata, Hudud hanya untuk Islam saja, orang kafir tak boleh paksa ikut, mereka
kena ikut undang-undang sivil jer. Lagi
satu, mu kata tujuan laksana Hudud nak bagi ketakutan kepada bakal pelaku
sebagai langkah pencegahan. Betul seperti apa yang mu kata. Dalam Islam juga menyatakan perlaksanaa Hudud
akan menghapuskan dosa bagi orang-orang Islam, tapi bagi si kafir tidak
terhapus dosa, sebab dia orang bukan percaya dosa dan pahala pun.
Tapi
rasanya cadangan pelaksanaanmu tak betul.
Sebab tu ada orang kata hukum hudud PAS tak adil untuk sebuah Negara
yang berbilang bangsa dan agama seperti MALAYSIA ni. Dua pelaku berbeza agama melakukan kesalahan
mencuri, orang Islam kena potong tangan dan orang kafir kena penjara jer sebab
ikut undang-undang sivil. Tu yang dia
orang kata, bila laksana Hudud PAS, ramai bekas pesalah Islam akan kudung
tangan, manakala orang bukan Islam senyum jer sebab masih ada tangan.
Jadi
apa yang sepatutnya mulakukan kalau betul-betul mu nak laksanakan Hudud, mu
sebagai kerajaan (kalau berjaya ler, dapat 2/3 pulak tu) pun mesti kena buat
pindaan terhadap hukuman-hukuman dalam undang-undang sivil. Contohnya, jika kesalahan mencuri dalam hudud
kena potong tangan, maka dalam sivil kenalah pinda, biar sama hukumannya, iaitu
potong tangan juga. Barulah adil,
barulah sama datangnya ketakutan kepada semua bakal pesalah, tak kira agama apa
pun.
Jika
tidak, bakal pesalah bukan Islam tidak akan merasa takut melakukan kesalahan
mencurikerana hanya akan dikenakan penjara.
Jadi matlamat utama untuk membendung atau mencagah kesalahan itu dari
berlaku tidak akan tercapai, rakyat keseluruhannya tetap akan merasa tidak
selamat. Hanya bakal pesalah Islam akan
takut melakukan kesalahan, tetapi bakal pesalah bukan Islam masih terus
melakukannya. Ini bukan logik, tapi wajib
kita laksanakan untuk keadilan kepada semua pihak/rakyat tak kira apa agama
sekalipun.
Oleh
itu dalam hal ini, puak-puak kafir sebenarnya dia tahu dan dia sedar, untuk melaksanakan keadilan dalam sesuatu
pemerintahan,ianya mesti menyeluruh kepada semua rakyat, tak boleh si A kena
hukum gini, manakala si B hukum gitu,
tak adil weh!. Sebab tu,
sigolongan kafir ni termasuk yang bersekongkol dan sewaktu dengan gerombolan
ni, dia tidak akan sama sekali bersetuju dengan Hudud. Aku sendiri sebenarnya sangat bersetuju
dengan perlaksanaan hudud dantelah berpeluangan menyaksikan sendiri
perlaksanaan hukuman pancung semasa menunaikan Umrah baru-baru ini. Alhamdulillah, tertegak hukum Allah di sana..
So, apa akan cerita seterusnya, tunggu dan baca sambungan
artikel ni dalam tajuk sama siri 3 lah pulak.
kih kih kih…sabor ler.
No comments:
Post a Comment