Dua
tiga bulan ni, pasti cerita saman Utusan Malaysia (UM) oleh Menteri Besar (MB)
Pahang ni akan terasa bahangnya. Kesian
MB Pahang, gara-gara kerakusan dan ketamakkan orang lain, tak pasal-pasal
MB
Pahang juga dipersalahkan. Payah juga
rupanya kerja sebagai Menteri Besar ni yek.
Tapi kenapa ramai orang,sama ada dari pihak sana, sini dan sinun yang
berangan-angan nak jawatan tu.
UM
tuduh MB Pahang hebat, ‘HebatSangatkah
Adnan Yaakob’. Tapi siapa
sebenarnya yang hebatsangat ni, UM
(Awang Selamat) atau MB Pahang (Dato’ Seri Di raja Adnan bin Yaakob).Tak
mengapalah tuan-tuan, tak lama lagi kita tahulah jawapannya, kalau UM kantoi
dengan saman MB Pahang, maka benarlah Adnan Yaakob memang hebat.Pasti bangga orang-orang
Pahang punya seorang Menteri Besar yang betul-betul hebat.(Tak mengapa, hebat
kena dengan caranya).
Tapi
kok yer pun UM ni, kalau ghairah sangat nak bongkar satu-satu isu, biarlah
fakta tepat atau setidak-tidaknya hampir tepat.
30,000 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), yer ker, ramai betul. Patut ler, bila naik Cameron Highlands (CH)
terasa gelap cam mendung jer, rupanya bersepah ‘mat-mat’ Bangla, India, Nepal,
Indon dan bangsa-bangsa lain yang spesies dengannya yang kebanyakan berkulit
gelap dan sawo matang dipuncak bukit CH. Tiga puloh ribulah katakan. Sedangkan penduduk CH pun cuma lebih kurang
38,000 orang jer.
Rasanya
tak da lah sampai 30,000 orang kot, apatah lagi kalau kita kata semuanya
PATI. Melampau sangatlah tu. Sifir
mudah, nisbah untuk kebun sayur iaitu tiga orang pekerja untuk setiap satu
ekar. Jadi anggaran keseluruhan keluasan
kebun sayur samada haram atau halal lebih kurang 4000 ekar jer. Jadi 4000 ekar x 3 orang pekerja, cuma ada
12,000 orang jer pun.Tapi bila UM lapor seramai 30,000 orang, dia campur mana
lagi, campur anak tekak dia orang sekali kot.
Bila
fakta tak betul, tu yang ‘boleh mendatangkan marah’ seperti kata Hj Mahadi
(Abdul Wahab) dalam filem Tiga Abdul arahan P Ramlee. Sebab tu MB Pahang saman UM, apatah lagi bila
dia rasa pena Awang Selamat terlalu
tajam sangat. Gaya bahasa dan isinya
sangat hebat, tak da protokol, langgar semacam, lagaknya macam dia bapak segala
“tokong’ yang merasakan dia boleh
segalanya. Jadi patutlah disaman pun,
kalau itu jer caranya nak tumpulkan sikit mata pena dia.
Tapi
yang benar-benar CELAKO dalam isu
ni, pastinya dalang-dalang yang bersekongkol (tak kiralah apa pun statusnya),
tokeh-tokeh si mata sepet dan suku sakatnya termasuk operator jentera jengkaut
(JCB) yang begitu rakus mengekoh tanah secara haram. Mereka begitu bermaharaja lela, tanpa
memperdulikan kesan dari kekohannya itu.
Apa yang difikirnya, berapa banyak duit boleh masuk poket, tak peduli
langsung berapa banyak nyawa yang melayang atau terancam atas kerakusannya.
Bencana banjir seperti yang berlaku baru-baru ini sehingga meragut nyawa,
adalah bukti kesombongan dan keangkuhan
mereka yang dimaksudkan dalam grombolan CELAKO ni.
Jadi
siapa sebenarnya yang CELAKO dalam
isu ini?..dankita tanya Algoojo, apa hukuman untuk si CELAKO ni..
Algoojo
kata: Zasssss!! - pancung.
No comments:
Post a Comment