Wednesday, 7 January 2015

KRISIS PAS VS DAPMERUNCING – TERUS BERTELAGAH HUDUD (SIRI 3)

Alhamdullilah, memang tuan-tuan ni penyabor orangnya, jom habiskan baca

Namun begitu wahai puak-puak PAS!.Andai mu sucihati nak melaksanakan Hudud dan tidak menjadikan Hudud sebagai sekadar modal cakap-cakap politik jer, memang ada caranya.  Aku sangat yakin Allah akan membuka jalannya kalau kita betul-betul  ikhlas untuk melaksanakannya, demi kerana Islam, kerana Allah SWT dan semata-mata untuk mendapat keredhaanNYA.  Marilah kita kembali kepada maksud ayat Al Quran iaitu Surah Al Imran ayat 159:

 Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.(A-li'Imraan 3:159)

Bagi Tok Guru NIK AZIZ, cukup-cukuplah mu dari terus berpolitik, jangan jadikan dendam lama sebagai penghalang niat sucimu itu, walaupun banyak perkara  tidak sehaluan, tapi dalam soal hukum Allah ini, selagi masing-masing ada kalimah LAAILAHAILLAULLAH, kita tetap seagama, kita tetap menyembah tuhan yang sama, iaitu Allah SWT, tuhan yang satu. 

Memang cukup dikesali, kenapalah satu ketika dulu Tok Guru pernah manyatakan “kalau ada orang bawa usul perpaduan antara PAS dan UMNO, akan ludah muka dio”.  Apa cerita ni Tok Guru? Sampaikan Dato’ Hasan bin Ali dan Ustaz Nasaruddin bin Mat Isa pun mu singkir kerana bawa idea yang baik seperti ini. 

Kalaulah mu benar-benar berimam kepada Al Quran, sudah pasti mu juga beriman kepada ayat di atas tadi.Tergamakah mu berkata begitu, siapalah kita untuk berkata begitu, bukan ke ayat tersebut adalah kalam Allah, kalau kita baca maknanya sepintas lalu pun sudah dapat memahami kehendakNYA, apatah lagi membaca tafsirannya.Apakah tidak yakin lagi kah kita terhadap ingatan dan pesananNYA itu.  Bertaubat lah kita kepadaNYA, bermaaf-maaflah kita sesama insan/muslim, marilah bermesyuarah dan kemudian setelah mencapai kata putus, bertawakallah kepada ALLAH SWT, kerana dengan berkat kasihNYA, pasti Allah akan menyebelahi kita.

Kata-kata Nik Aziz "Sikit lagi boleh jadi ada Umno datang tunduk nak cari Pas pulak tu,...Saya akan ludah muka orang tu". Katanya ketika menjawab soalan media berhubung penyatuan orang Melayu.

Sebagai seorang yang memegang gelaran ulama, Tok Guru dan penjunjung Al Quran dan Al Hadis, maka sewajarnya atau sepatutnya, Tok Guru lah yang menyeru mereka, mengajak mereka, menghulurkan tangan untuk bersalaman bagi memupuk perpaduan antara sesama Islam.

Tapi bukan bertindak sebaliknya, Tok Guru pula yang menjadi penghalang untuk kita sesama Islam mencari satu titik pertemuan, bersatu dan berpadu tenaga menegakkan hukum Allah dengan sebenar-benarnya.  Percayalah hanya perpaduan sesama Islam saja yang dapat memahaminya dan yakinlah nusrah Allah akan mengiringi kita.  Jangan sesekali kita tertipu dengan lidah sikafir yang penuh dengan kebelitan.

Aku berdoa agar satu hari nanti semua umat Islam di Malaysia ini akan bersatu danandainya ia menjadi kenyataan, tidak mustahil HUDUD dan QISAS akan tertegak di bumi MALAYSIA tercinta kerana Islam/Melayu adalah majoriti.  Biar mereka ikut kata kita, jangan sampai kita mengikut telunjuk mereka.Wallahuaalambissawab.

Takbirrr.. ALLAH.lUAKBAR, ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR.

No comments:

Post a Comment