Friday, 9 January 2015

BANJIR BESAR PETANDA HUDUD PERLU DILAKSANAKAN – NIK ABDUH

Pada 25 DIS 2014, Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz (anak mantan MB Kelantan) membuat kenyataan bahawa banjir besar yang melanda negeri Kelantan menjadi petanda Hudud perlu dilaksanakan di negeri tersebut. 


Itu kata dia, tapi hakikatnya, walau pun pahit untuk ditelan, kemungkinan bencana banjir besar luar biasa yang melanda di Kelantan adalah merupakan satu kifarah oleh Allah SWT, ini kerana,mereka,terutama pemimpin-pemimpin politik PAS di Kelantan  terus mempermainkan Hudud. Satu peringatan daripadaNya yang harus dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin PAS. Segeralah hentikan permainan ini.

Jangan terus menipu dan memperbodohkan rakyat. Hudud terus dijadikan sebagai sekadar modal politik saja,  mereka mempergunakannya hanya semata-mata untuk survival politik.  Sebenarnya mereka tidak pernah jujur dan ikhlas pun untuk melaksanakannya. Berpuluh tahun memerintah Kelantan, apabila diminta melaksanakannya, oh masih diperingkat perbincangan, perlu diperhalusi dan pelbagai alasan yang hanya untuk menutup kelemahan sendiri. Cakap bagai nak rak, tapi habuk pun takdak.

Kononnya hudud menjadi tunjang perjuangan. Namun, berdasarkan tindak tanduk mereka, jangan kata nak laksana hudud, nak sebut hudud pun terketar-ketar dihadapan sekutu mereka, kuatir terasa hati, nak sangat jaga hati para sekutunya iaitu PKR dan DAP.

PKR dan DAP terang-terang menentang Hudud, tapi PAS terus berpeluk arab dengan mereka.  Bila berada di peringkat bawahan, terpekik terlolong di atas pentas ceramah akan laksana hudud, tapi semasa bersama peringkat tertinggi di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), haram,tak terkeluar pun perkataan hudud untuk dibincangkan.

Dasar munafik, cakap lain buat lain.

Aku nak sangat cabar PAS ni, kalau betul-betul nak laksana Hudud, ceraikan talaktiga PKR dan DAP dan jangan sekali-kali guna khidmat Cina buta pula selepas ni.  Buktikan kekuatan sendiri tanpa menumpang kekuatan pihak lain.  

Ingatlah, air dengan minyak takkan boleh bercampur (PKR & DAP + PAS = NO). Minta/mohonlah nusrah Allah SWT, bukan mengharap kepada makhluk, selagi mu mengharap kepada makhluk selagi itulah mu akan terus terpinggir dan akhirnya memberi mudharat kepada Islam itu sendiri.  Bermuhasabah dan perbaikilah diri sendiri tanpa berterusan menuding jari meletak kesalahan keatas pihak lain.

No comments:

Post a Comment